Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dokumentasi biodiversiti Baleh bukti komitmen SEB, Unimas
  • TEMPATAN

Dokumentasi biodiversiti Baleh bukti komitmen SEB, Unimas

Utusan Sarawak 1 month ago
PROF. Dr. Mohd-Azlan Jayasilan dan Datuk Sharbini Suhaili merakam kenangan bersama buku ‘Life from Headwaters to the Coast: Baleh, Heart of Sarawak’s Wilderness’.

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus komited dalam usaha pemuliharaan biodiversiti di Sarawak dengan penerbitan buku ‘Life from Headwaters to the Coast: Baleh, Heart of Sarawak’s Wilderness’.

Buku tersebut mendokumentasikan flora, fauna, dan geologi Baleh berdasarkan Ekspedisi Saintifik Heart of Borneo (HoB) 2015, yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili, dokumentasi saintifik seperti itu penting bagi memastikan pembangunan tenaga boleh diperbaharui Sarawak bersifat mampan.

“Projek Hidroelektrik Baleh bukan sahaja menyumbang kepada keperluan tenaga, tetapi juga menuntut kita untuk memastikan alam sekitar kekal terpelihara.

“Projek Hidroelektrik Baleh merupakan tunjang utama strategi pembangunan tenaga lestari negeri dan melindungi persekitaran sekitarnya adalah keutamaan kami.

“Buku ini menonjolkan kepentingan penyelidikan saintifik dalam membimbing pemuliharaan dan pengurusan sumber semula jadi secara mampan bagi memastikan ekosistem terpelihara serta pembangunan tenaga hidro kekal lestari demi manfaat generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Mohd-Azlan Jayasilan dari Unimas menyatakan bahawa buku itu bukan sahaja memaparkan spesies unik seperti Homaloptera orthogoniata, tetapi juga memberi asas saintifik bagi perancangan ekopelancongan dan perlindungan habitat.  

“Kerjasama antara industri, kerajaan dan akademik memainkan peranan penting dalam menjamin kelestarian biodiversiti Sarawak,” katanya.  

SEB dan Unimas akan terus memperkukuh penyelidikan dan pemuliharaan bagi memastikan ekosistem semula jadi terus terpelihara selari dengan pembangunan tenaga negeri.  

Buku tersebut boleh didapati melalui kedai buku dalam talian Penerbit Unimas di [publisher.unimas.my](https://www.publisher.unimas.my/index.php/online-book-shop).  

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TYT ‘sungke’ di UNIMAS
Next: Tiada ‘projek sakit’ melibatkan masjid, surau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.