Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bukit Tarikan 1 dinobat juara Pertandingan Futsal Piala Datuk Rosey Yunus
  • SUKAN

Bukit Tarikan 1 dinobat juara Pertandingan Futsal Piala Datuk Rosey Yunus

Utusan Sarawak 18 hours ago
TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus menyampaikan piala kepada ketua pasukan Bukit Tarikan 1 yang muncul johan Pertandingan Futsal Piala Datuk Rosey di Kampung Muhibah di sini hari ini.

NIAH: Pasukan Bukit Tarikan 1 muncul johan di Pertandingan Futsal Piala Datuk Rosey Yunus yang diadakan di Kampung Muhibah Ladang Tiga di sini, petang ini.

Kemenangan Bukit Tarikan 1 itu telah membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 bersama piala dan medal.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Isabella FC (RM1, 000) dan Red Spark (RM500) yang masing-masing membawa piala dan medal.

Majlis penutupan dan penyerahan piala kemenangan telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus.

Dalam ucapan Datuk Rosey Yunus berkata, program ini merupakan platform terbaik untuk menyatukan belia di bawah satu payung dan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan pengisian sukan yang lebih pelbagai.

“Futsal menjadi pilihan utama belia, namun pada masa akan datang, kita akan kemukakan juga sukan-sukan lain bagi memberi peluang penyertaan lebih meluas. Saya mahu melihat belia kita aktif, sihat dan bersatu padu.

“Pertandingan futsal anjuran Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Muhibah Ladang Tiga telah berjaya menarik 16 pasukan penyertaan aktif belia tempatan, sekali gus mengukuhkan tali persahabatan dan semangat kesukanan,” tambahnya.

Selain pertandingan futsal, kaunter pendaftaran keahlian PBB turut dibuka di lokasi acara, yang menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung sebagai tanda komitmen kepada parti dan pembangunan komuniti.

Turut hadir Ketua Kampung Muhibah Ladang Tiga, KK Hasan Mali, Ketua Wanita PBB Bekenu Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim dan Ketua Ranting PBB Kampung Muhibah Ladang Tiga Shamsudin serta para Exsko Pemuda PBB Bekenu.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Brandon Baki kembali gamit pentas, Juara Sukan Fizik Lelaki 170cm ke Bawah Mr. Kuching 2025
Next: Wirtz Pemain Terbaik Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.