Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bukan sekadar simbolik, projek RTP bawa makna besar kepada Kampung Sungai Bedaun
  • WILAYAH

Bukan sekadar simbolik, projek RTP bawa makna besar kepada Kampung Sungai Bedaun

Utusan Sarawak 3 days ago
 MAJLIS penyerahan tapak itu disempurnakan oleh Kaunselor Bakri Eni yang mewakili ADUN Lingga bersama pihak agensi pelaksana, kontraktor serta Pejabat Daerah Kecil Maludam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Penyerahan tapak projek di Kampung Sungai Bedaun, Maludam hari ini menjadi bukti bahawa setiap usaha pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar acara simbolik, tetapi permulaan kepada perubahan nyata yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

Majlis penyerahan tapak itu disempurnakan oleh Kaunselor Bakri Eni yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), kontraktor pelaksana serta Pejabat Daerah Kecil Maludam.

Projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Lingga ini diyakini mampu memperkukuhkan infrastruktur asas, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut Dayang Noorazah, setiap projek yang dibawa ke kawasan ini adalah hasil usaha berterusan untuk memastikan masyarakat luar bandar turut merasai limpahan pembangunan sama seperti di kawasan bandar.

“Penyerahan ini bukan sekadar simbolik, tetapi adalah titik tolak kepada usaha bersama dalam membina kemudahan yang lebih baik untuk rakyat. 

“Saya mahu melihat setiap projek benar-benar dilaksanakan dengan telus, cepat dan berkesan,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama antara pihak kerajaan, jabatan pelaksana, kontraktor dan komuniti setempat agar setiap projek dapat berjalan lancar serta memenuhi keperluan masyarakat.

Pendekatan selangkah demi selangkah, ADUN Lingga menegaskan komitmennya untuk terus membawa pembangunan seimbang di kawasan Lingga, sambil memastikan kesejahteraan dan kemajuan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis minta bantuan orang ramai jejaki warga emas hilang
Next: MBKS anjur program sempena Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.