Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BUKAN SEKADAR PELENGKAP
  • TEMPATAN

BUKAN SEKADAR PELENGKAP

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Datuk Julaihi Narawi diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datu Safri Zainuddin mengadakan lawatan ke tapak projek Jalan Pesisir Jambatan Rambungan.

KUCHING: Pembinaan Jambatan Batang Rambungan bukan sekadar pelengkap rangkaian jalan pesisir, tetapi turut memberi kemudahan dan perhubungan yang sistematik kepada penduduk sekitar.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan jambatan tersebut amat dinanti-nantikan oleh penduduk kerana dapat memudahkan urusan mereka untuk berulang-alik dari Kuching ke Lundu atau Sematan dan sebaliknya.

Menurutnya, meskipun terdapat beberapa kekangan terutama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses pembinaan tergendala, kerja-kerja di tapak lapangan jambatan sepanjang 560 meter berkenaan tetap dijalankan.

“Kita telah melakukan majlis pecah tanah yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Disember 2019 dan kemudian kita terpaksa berhadapan dengan pelaksanaan PKP. Bagaimanapun setakat ini, kita dapat lihat kemajuan persiapan projek sudah sekitar 11 peratus,” katanya.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: RM63 bilion laksanakan PCDS 2030
Next: Pemimpin masyarakat boleh dikenakan kompaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.