Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bukan sekadar pasukan bola sepak, New Era FT bawa misi sosial
  • SUKAN

Bukan sekadar pasukan bola sepak, New Era FT bawa misi sosial

Utusan Sarawak 14 hours ago
NEW Era FT….Pasukan yang kini dibarisi 25 pemain muda dari sekitar Kota Samarahan dan Kuching ini tampil dengan identiti tersendiri. 

KOTA SAMARAHAN: Muncul sebagai pasukan bola sepak baharu yang kian mencuri perhatian di sekitar Kota Samarahan dan Kuching, New Era FT bukan sekadar nama tetapi satu gerakan untuk membina generasi muda yang berdisiplin, bersemangat dan menjauhi gejala sosial.

Ditubuhkan pada 2024, pasukan yang kini dibarisi 25 pemain muda dari sekitar Kota Samarahan dan Kuching ini tampil dengan identiti tersendiri. 

Di bawah penaungan Alexster Jubin, New Era FT mengusung slogan penuh inspirasi, “The New Era, The New Chapter”, mencerminkan semangat pembaharuan dan transformasi dalam landskap bola sepak tempatan.

AKSI PERLAWANAN… Kini bersedia mengorak langkah ke pelbagai kejohanan tempatan.

“Tujuan kami bukan sekadar menempa nama di arena sukan tetapi memberi inspirasi dan jalan keluar kepada golongan belia daripada masalah sosial,” ujar Alexster, yang juga merupakan penggerak utama kepada penubuhan pasukan ini.

Lebih daripada sekadar pasukan bola sepak, New Era FT membawa misi untuk mengangkat sukan sebagai medium pembangunan sahsiah belia melalui latihan konsisten dan pendekatan ke arah perpaduan komuniti, pasukan ini menjadi medan alternatif bagi anak muda mengisi masa lapang secara sihat dan berfaedah.

AKSI PERLAWANAN… Kini bersedia mengorak langkah ke pelbagai kejohanan tempatan.

Seorang lagi ahli pasukan, Sammy Hardy Osman menyifatkan bola sepak sebagai alat penting dalam memupuk hubungan kemasyarakatan.

“Bola sepak bukan sekadar sukan, ia juga satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan menjauhkan diri daripada pengaruh negatif,” katanya.

Semangat setiakawan yang utuh serta komitmen tinggi dalam latihan, New Era FT kini bersedia mengorak langkah ke pelbagai kejohanan tempatan menunjukkan langkah ini bukan hanya demi piala semata tetapi sebagai satu proses membina nama dan legasi dalam bola sepak Sarawak.

Sebagai satu entiti yang berpaksikan kepada visi jangka panjang, New Era FT membuktikan bahawa bola sepak mampu menjadi pemangkin perubahan sosial dari padang ke komuniti.

Oleh Norman B

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kebudayaan, kemanusiaan, muzik bersatu di pembukaan WUG 2025
Next: Yamal sarung jersi keramat nombor 10 di Barcelona, lanjut kontrak hingga 2031

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.