Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bukan sekadar alih bahasa, terjemahan cerminan warisan
  • PENDIDIKAN

Bukan sekadar alih bahasa, terjemahan cerminan warisan

Utusan Sarawak 1 day ago
DEKAN FPBK, Dr Dilah Tuah mewakili Naib Canselor Unimas, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berucap ketika majlis penutupan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-20 hari ini. Foto: Adele Rissa

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyerahkan tanggungjawab sebagai tuan rumah Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-21 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas berjaya menganjurkan edisi ke-20 persidangan berprestij itu.

Majlis penyerahan rasmi berlangsung di Hotel Riverside Majestic dengan ucapan disampaikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), Dr Dilah Tuah yang mewakili Naib Canselor Unimas, Prof Dr Ahmad Hata Rasit.

Beliau menzahirkan kesyukuran kerana persidangan yang bertemakan ‘Pemeliharaan Warisan melalui Terjemahan’ telah berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan.

“Persidangan ini bukan sahaja memperkukuh bidang penterjemahan dari sudut linguistik, teknologi dan budaya malah turut membuka ruang perbincangan mengenai seni serta cabaran masa hadapan. 

“Segala idea dan kertas kerja yang dibentangkan diharap dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata demi perkembangan bidang ini secara lebih inklusif dan relevan dengan tuntutan global,” katanya.

DEKAN FPBK, Dr Dilah Tuah, mewakili Naib Canselor Unimas menyerahkan panji Persidangan Penterjemahan Antarabangsa kepada wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr Abdul Halim Abdul Gafur, sebagai tuan rumah edisi ke-21 pada majlis yang berlangsung di Hotel Riverside Majestic, Kuching hari ini. Foto: Adele Rissa

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Persatuan Penterjemahan (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), para pembentang, pempamer serta petugas yang memastikan kelancaran penganjuran.

Mengulas lanjut, beliau berkata bidang penterjemahan bukan sekadar proses mengalih Bahasa sebaliknya berperanan penting dalam pemeliharaan identiti, kesinambungan warisan serta pemacu kepada ekonomi kreatif.

“Unimas Lestari sebagai simbol kekuatan universiti diharap mampu terus menjadi rujukan ilmu dalam bidang terjemahan, khususnya melalui kepelbagaian etnik di negeri ini yang masih banyak boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa. Naratif tempatan harus diangkat ke pasaran global tanpa menghilangkan keasliannya,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pusat Falak Bintulu tonggak baru ilmu falak di Sarawak
Next: Warisan Samarkand inspirasi perkembangan ilmu falak di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.