Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buka lembaran baharu pembangunan, pendidikan, sosioekonomi pascaperang
  • TEMPATAN

Buka lembaran baharu pembangunan, pendidikan, sosioekonomi pascaperang

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada sambutan Hari Peringatan ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut di Padang Merdeka Kuching hari ini. Turut hadir Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, Datuk Gerawat Gala, Datuk Amar Dr Sim Khui Hian, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam. Foto Herriey Naha

KUCHING: Sarawak menghidupkan kembali sejarah ketenteraan penting menerusi pementasan semula pendaratan payung terjun dinamakan Operasi Semut 1945 di Padang Merdeka, di sini hari ini.

Pementasan semula itu adalah untuk memperingati keberanian pasukan khas dan pejuang tempatan dalam menentang pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

PENYERAHAN BENDERA SARAWAK… Penolong Ketua Group Seirra PASKAU Kapten Sharulrizal Sabri menyerahkan bendera Sarawak kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Peringatan ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut di Padang Merdeka Kuching hari ini. Foto Herriey Naha

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan bahawa peristiwa ini bukan sahaja sebuah kisah keberanian, malah ia turut membuka lembaran baharu bagi Sarawak, khususnya di Bario, dari segi pembangunan pendidikan dan sosioekonomi pascaperang.

“Operasi ketenteraan ini melibatkan kerjasama antara pasukan keselamatan Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat serta pejuang tempatan yang berani.

“Pasukan keselamatan dari tiga negara ini telah membantu kita menghalau penjajah dari Jepun pada ketika itu.

“Kejayaan mereka bukan sahaja membebaskan Bario daripada pendudukan Jepun, malah membuka peluang kepada kemajuan pendidikan dan pembangunan masyarakat,” katanya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima pingat duit siling daripada Datuk Gerawat Gala. Foto Herriey Naha

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Peringatan ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya mengingati sejarah bagi membentuk jati diri generasi muda.

“Ini adalah sejarah yang perlu terus kita ingati, terutamanya generasi baharu, agar mereka memahami bagaimana perjuangan masa lalu telah membentuk masa depan Sarawak hari ini.

“Dengan memperingati peristiwa ini, Sarawak bukan sahaja mengenang sejarah tetapi juga mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, terutama generasi muda yang bakal meneruskan legasi perjuangan demi negeri dan negara,” tambahnya.

AKSI OPERASI SEMUT… Aksi penerjun payung dari Pasukan Khas Udara (PASKAU). Foto Herriey Naha

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Penasihat Rurum Kelabit Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala.

PERSEMBAHAN kebudayaan. Foto Herriey Naha

Hadir sama, Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi New Zealand, Kolonel Dale Parker dan Timbalan Ketua Misi Suruhanjaya Tinggi Australia, Simon Fellows.

Salah satu detik kemuncak acara ialah demonstrasi pendaratan payung terjun dari ketinggian 8,000 kaki oleh pasukan khas, mengimbau kembali keberanian anggota Unit Khas Z Australia yang dikenali sebagai ‘Semut’ bersama pejuang tempatan dalam mempertahankan tanah air.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Rajang dibuka sepenuhnya kepada orang ramai
Next: Ulang tahun ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 diperluas ke peringkat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.