TANDATANGANI MOU… Michael Tiang Ming Tee (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Augustine C.H.Wong (dua, kiri) dan Quek Wee Siong (dua, kanan)
KUCHING: Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) dan TRB Ventures Sdn Bhd (MHub) diharapkan akan membuka jalan ke arah pendigitalan industri perumahan dan hartanah di negeri ini selaras dengan visi kerajaan negeri untuk Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee berkata, perumahan berkualiti dan hartanah adalah komponen utama negara berpendapatan tinggi.
“Kami melihat SHEDA menerajui inisiatif yang berfungsi untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan produktiviti sektor tersebut.
“Pelaksanaan teknologi yang maju dalam sektor lain seperti E-sports, Pertanian dan Akuakultur telah terbukti menjadi faktor penting dalam memperbesarkan ekonomi dan produktiviti sektor tersebut.
“Kita berharap untuk melihat perkara yang sama dalam industri hartanah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SHEDA dan TRB Ventures Sdn Bhd (MHub) di pejabat SHEDA semalam.
Dalam pada itu, Michael turut ingin melihat SHEDA mengambil pemilikan daripada membetulkan ketidakcukupan yang dirasakan dalam proses pembinaan.
“Menyemak dan menukar semula proses sekiranya perlu memastikan bahawa dasar terus relevan dan digunakan dengan cekap pada potensi penuhnya.
“Pendekatan ini menunjukkan integriti dan kematangan pemikiran yang diperlukan dalam berjaya membangunkan semua sektor, baik dalam perkhidmatan swasta mahupun awam,” tambanhnya.
Katanya lagi, beliau berharap hasil projek MoU ini dapat diperluas dan dibangunkan dengan sistem pembinaan yang lengkap yang boleh diguna pakai oleh kontraktor infrastruktur lain pada masa hadapan.
Oleh JEAKQLEYN YACHO