Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BUDI Agri-Komoditi diteruskan tangani tekanan kos, ketidaktentuan ekonomi global – PM Anwar
  • NASIONAL
  • TEMPATAN

BUDI Agri-Komoditi diteruskan tangani tekanan kos, ketidaktentuan ekonomi global – PM Anwar

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar bagi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Atas pertimbangan tersebut, kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini selepas mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhubung krisis rantaian bekalan global yang semakin menekan

Berkaitan jaminan kesihatan rakyat, Anwar berkata secara keseluruhannya bekalan ubat di negara ini masih stabil dan KKM akan terus memantau secara rapi sebarang cabaran melibatkan rantaian stok dan harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Apa jua cabaran mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,” kata beliau.- Bernama

Continue Reading

Previous: Perpaduan Sarawak jadi contoh, Uggah seru rakyat terus pelihara keharmonian
Next: Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.