Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tengah
  • Budaya ‘ngabang’ terus diamalkan
  • Tengah

Budaya ‘ngabang’ terus diamalkan

Utusan Sarawak 4 months ago
MOHAMMAD Khairurani Mohammad Ibrahim dan Temenggung Piee Alwi semasa mengadakan ‘ngabang’ Tahun Baharu Cina di rumah Lim Ming Hai, hari ini.

DEBAK: Budaya ‘ngabang’ atau kunjung-mengunjungi terus menjadi amalan subur masyarakat setiap kali menjelangnya sesuatu musim perayaan di negeri ini.

Tidak hanya pada perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina (TBC) yang disambut setiap tahun itu juga disambut meriah bersama dengan sahabat handai serta ahli keluarga meskipun ada antara mereka merupakan masyarakat berlainan agama dan bangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata hari ini rombongan yang diketuai Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Mohammad Ibrahim dan Temenggung Piee Alwi telah mengadakan kunjungan ke beberapa rumah penduduk yang meraikannya.

Katanya ia melibatkan penyertaan masyarakat dari pelbagai kaum, termasuk Kampung Melayu dan Iban, yang bersama-sama mengunjungi rumah kediaman Lim Ming Hai bagi merayakan perayaan tradisional tersebut.

“Meskipun Malaysia dikenali dengan kepelbagaian kaum dan budaya, perayaan ini jelas menunjukkan betapa masyarakat di Debak terutamanya mampu hidup dalam keharmonian.

“Walaupun berbeza agama dan budaya, semua masyarakat di sini saling menghormati dan bekerjasama, terutamanya semasa sambutan perayaan besar seperti ini. Keharmonian ini memperlihatkan semangat perpaduan yang kuat di kalangan rakyat, yang saling menyemai nilai toleransi dan persefahaman dalam kehidupan seharian,” katanya.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas turut mengucapkan penghargaan kepada penduduk di Kampung Debak yang sentiasa menunjukkan contoh terbaik dalam menjalin hubungan harmoni antara pelbagai etnik.

“Perayaan seperti ini adalah bukti bahawa walaupun kita hidup dalam kepelbagaian kaum, kita tetap mampu hidup dengan aman dan bekerjasama. Semangat ini perlu diteruskan, dan ia sangat penting dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan bersama.

“Di Debak, kita menunjukkan bahawa rakyat dari pelbagai latar belakang mampu bersatu untuk merayakan kehidupan bersama,” katanya.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Kampung Tuie ke Suri berwajah baharu
Next: Banjir: 30 mangsa dari Rumah Kalai berjaya dipindahkan, operasi dipergiatkan di Rumah Hawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.