Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Budaya lompat parti bukan langkah bijak
  • TEMPATAN

Budaya lompat parti bukan langkah bijak

Utusan Sarawak 5 years ago
JAMES Jemut Masing

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Masing berkata budaya lompat parti telah berlaku di Sarawak walaupun ia bukanlah satu perkara yang dihormati dan langkah yang bijak.

Masing merujuk kepada keputusan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian yang juga bekas Ketua PKR Sarawak melompat parti daripada PKR ke Parti Sarawak Bersatu (PSB) sambil menyifatkannya sebagai suatu definasi baharu ‘katak politik’.

“Atas sebab ini, institusi tertinggi iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri selama ini cuba untuk memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti bagi mengelakkan wakil rakyat daripada berbuat demikian.

“Ini disebabkan mereka yang melompat parti ini atau ‘katak’ adalah amat menghinakan kerana mereka telah hilang kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada mereka,” kata Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dengan melompat parti, beliau berkata wakil rakyat ini akan kehilangan nilai kredibiliti serta integriti dan akhirnya hilang nilai di mata rakyat.

“Jangan cuba merosakkan atau merendahkan nama baik profesion,” tambah Masing.

Baru yang menyertai PSB bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, See CHee How berkata beliau adalah ‘katak baik’ dan ‘katak bijak’ dalam arena politik yang dinamik.

Continue Reading

Previous: Lori langgar tiang telekomunikasi
Next: Setengah ekar belukar musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.