
MARUDI: Seorang budak perempuan yang dilaporkan hilang dibawa arus deras bersama bapanya di kawasan Ulu Baram ketika ke Long Jengkitan ditemui lemas oleh penduduk Kampung tidak jauh dari kenderaan (pikap) yang mereka naiki pada 2.00 petang tadi.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Marudi, PBK1, Nasir Razali ketika dihubungi memberitahu pada maklumat awal mereka diberitahu oleh Guru Besar SK Long Jengkitan hanya bapanya masih hilang dan usaha mencari mangsa diteruskan esok.
Menurut Nasir pihak Bomba dan Penyelamat Marudi menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.00 tengah hari tadi.
Katanya, anggota bomba dan penyelamat Marudi kini membuat persiapan untuk ke lokasi pada awal pagi esok memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan.
Dalam insiden tersebut, dua mangsa telah dihanyutkan arus sungai ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan Ulu Baram menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda (single Cab) sekitar 8.00 pagi hari ini.
Mangsa lelaki dewasa adalah seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di SK Long Jengkitan dan anak perempuannya telah hanyut dibawa arus.
Kedua-kedua mangsa dikenali Dawellies Luing 46, (belum dijumpai) dan anak prempuannya Vallerie Mentie Dawellies berusia sembilan tahun.
Oleg Jiku Juguong