Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bubur lambuk Tunku Azizah untuk petugas barisan hadapan
  • NASIONAL

Bubur lambuk Tunku Azizah untuk petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menggaul bubur lambuk ketika program memasak bubur lambuk bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) 2021 di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menggaul bubur lambuk ketika program memasak bubur lambuk bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) 2021 di Istana Negara semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara semalam bertuah apabila Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan hobi memasaknya, berkenan menyediakan juadah bubur lambuk buat golongan itu.

Istimewanya bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi dari Johor dan Pahang itu, turut mendapat ‘sentuhan’ daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli membantu Raja Permaisuri memasak di perkarangan surau utama Istana Negara semalam.

Turut membantu menyediakan juadah itu ialah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al- Sultan Abdullah.

Sambil dibantu kira-kira 180 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), Tunku Azizah kelihatan lincah ‘beraksi’ sejak awal proses memasak makanan tradisi setiap kali bulan Ramadan itu, yang disiapkan dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Saya harap bubur lambuk ini dapat hiburkan perut, selera dan hati petugas barisan hadapan kita. Harap bubur ini sedaplah kerana saya bukan masak ala kadar, masak bahan-bahan semua cukup, bagaimana saya makan begitulah saya masak,” titah Tunku Azizah kepada pemberita.

Tunku Azizah juga mezahirkan hasrat untuk mengagihkan bubur lambuk kepada rakyat di pintu-pintu Istana Negara, namun disebabkan kekangan Covid-19, baginda berharap program itu dapat dibuat pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi KEKSIN Mohd Irfan Idrus berkata, program memasak bubur lambuk yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu merupakan aktiviti tahunan dianjurkan pihaknya bersempena bulan Ramadan.

Katanya, sebanyak empat kawah bubur lambuk dimasak pada semalam, dua menggunakan resipi Johor dan dua lagi resipi Pahang.

Mohd Irfan yang juga Ketua Pegawai Pentadbir di Istana Negara berkata, sebanyak 1,600 bubur lambuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kuala Lumpur semalam sebagai menghargai jasa mereka dalam membantu negara memerangi pandemik Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: TANGANI JURANG DIGITAL
Next: SABERKAS Prihatin platform salurkan khidmat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.