Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bubur lambuk diedar percuma secara pandu lalu di Kampung Tengah Sri Aman
  • WILAYAH

Bubur lambuk diedar percuma secara pandu lalu di Kampung Tengah Sri Aman

Utusan Sarawak 2 years ago

BERKONGSI REZEKI... JKKK dan MASLA Kampung Tengah Sri Aman mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai, meneruskan tradisi menjelang sambutan Ramadan.

SIMANGGANG: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Lama (MASLA) Kampung Tengah Sri Aman meneruskan tradisi menjelang sambutan Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai.

Pengerusi JKKK Kampung Tengah, Ketua Kampung Kiffle Morni berkata komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa itu di sepanjang persediaan menyediakan bubur lambuk sangat membanggakan sehingga dapat menghasilkan 650 bekas.

SEMANGAT BERGOTONG-ROYONG… Ahli Jawatankuasa JKKK, MASLA Kampung Tengah Sri Aman menunjukkan komitmen tinggi sepanjang persediaan menyediakan 650 bekas bubur lambuk.

Katanya, program itu diadakan bertujuan mengimarahkan lagi sambutan Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama dan merapatkan hubungan diantara ahli JKKK dan MASLA.

“Semasa tibanya Ramadan, inilah semangat yang kita mahukan apabila kita berkumpul bersama-sama, memasak bersama-sama dan berkongsi rezeki dengan yang lain.

“Alhamdulillah, kesemua kerja-kerja persediaan ini seperti menyediakan bahan, memasak dan membungkus serta mengagihkan semuanya dilakukan oleh golongan ahli JKKK dan MASLA disini,” katanya.

Dalam pada itu, Kiffle menjelaskan konsep yang digunakan pada kali ini menggunakan kaedah pandu lalu kepada orang awam yang melalui jalan Kampung Tengah dan simbolik pengagihan bubur lambuk itu telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Turut hadir Temenggung Mohammad Shah Achang, Penghulu Abang Norin Abang Noruddin, Penghulu Zamari Morsidi serta ketua-ketua masyarakat Lemanak dan Ladong.

Continue Reading

Previous: 10 pengamal media dapat penghargaan PDRM
Next: Len Talif kongsi rezeki sumbang 4,800 kotak buah kurma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.