Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bubuk landa Bintulu
  • TEMPATAN

Bubuk landa Bintulu

Utusan Sarawak 4 years ago
PEMINAT BUBUK… Pelanggan sudah menunggu di tepi Sungai Kemena di Tamu Bintulu untuk membeli bubuk.

BINTULU: Musim bubuk kini melanda Bintulu dengan permintaan tinggi daripada peminat atau penggemar ‘udang geragau’ itu.

Menurut salah seorang pelanggan hanya ingin dikenali sebagai Indai Mina,45, beliau bersama rakan sudah pun menunggu para nelayan yang membawa bubuk tersebut sejak tiga hari lalu.

“Sebaik sahaja mendapat berita bubuk ada masa ini, saya bersama kawan terus pergi ke tepi Sungai Kemena di Pasar Tamu Bintulu ini untuk mendapatkan dan membeli bubuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu tinjau Utusan Sarawak berhubung musim bubuk yang melanda Bintulu masa ini, semalam.

Menurutnya, beliau amat memerlukan bubuk untuk membuat belacan dan cencaluk.

“Bubuk Bintulu nyaman dan berkualiti untuk dijadikan belacan dan cencaluk.”

“Bagi yang pandai membuatnya, rasa berbeza dan sedap serta bau yang sangat menyelerakan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, menurut sumber bubuk kini perlu ditempah untuk memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu ke tempat tersebut.

“Walaupun bubuk berjaya menarik kami datang ke sini, namun Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian sentiasa dipatuhi.”

“Kami menjaga jarak, menggunakan pelitup mulut dan hidung serta mengamalkan kebersihan,” katanya.

Jelas beliau, bubuk kini dijual dengan harga sekitar RM25 hingga RM30 untuk segantang.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Petugas barisan hadapan Miri terima suntikan 6 Mac
Next: 42 penduduk terima sumbangan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.