Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya sesat muncul di jalan raya
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya sesat muncul di jalan raya

Utusan Sarawak 17 hours ago
TANGKAP...Pasukan bomba menangkap seekor buaya yang muncul di atas jalan raya dalam kejadian di Marina Phase 1 di Miri, malam tadi.

MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini, malam tadi dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang dilihat berada di atas jalan.
Dalam kejadian sekitar 10.00 malam itu, reptilia sepanjang 1.5 meter dipercayai sesat dari habitat asalnya sebelum dilanggar kenderaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.03 malam sebelum enam sepasukan bomba  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seekor buaya berada di atas jalan dengan kesan dilanggar.

TERSESAT…Seekor buaya yang dipercayai tersesat ditemui di atas jalan raya dalam kejadian di Marina Phase 1 di Miri, malam tadi.

“Anggota bertindak menangkap haiwan itu menggunakan tali jerut,” katanya dalam kenyataan.

Buaya berkenaan berjaya ditangkap dalam masa singkat sebelum diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Operasi itu tamat sepenuhnya pada 10.38 malam.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong zahir penghargaan atas komitmen tinggi PBS Kabong bantu masyarakat
Next: Hari Keluarga Saban wadah eratkan hubungan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.