Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya sepanjang lapan kaki berkeliaran, nelayan hilang di Sungai Buloh
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya sepanjang lapan kaki berkeliaran, nelayan hilang di Sungai Buloh

Utusan Sarawak 11 hours ago
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari nelayan hilang di Sungai Buloh, Sadong Jaya.

ASAJAYA: Operasi mencari seorang nelayan, Mohd Faizal Abdilah, yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Buloh, Sadong Jaya, hari ini masih belum membuahkan hasil.

Komander Operasi Balai Bomba Asajaya, Abang Othman Abang Sharbini, berkata usaha kini tertumpu di kawasan terakhir mangsa dilaporkan disambar buaya.

Dalam pemeriksaan awal, pihak bomba menemui kelibat dua ekor buaya dianggarkan sepanjang lapan kaki yang timbul di sekitar kawasan itu.

“Melihat keadaan ini, sebarang operasi penyelaman tidak dapat dijalankan untuk keselamatan anggota,” jelasnya ketika dihubungi RTM petang tadi.

Abang Othman turut memberitahu operasi mencari mangsa telah diperluaskan ke kawasan seluas dua kilometer persegi.

Menurut laporan, insiden berlaku sekitar 12.00 tengah hari ketika mangsa sedang menjala ikan di tebing sungai. Kejadian itu disaksikan oleh rakan mangsa yang segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Operasi pencarian ditangguhkan petang ini dan dijangka disambung semula pada awal pagi esok.

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Pesara guru kongsi kemeriahan TBC dan erti kekeluargaan di Muara Ahi
Next: Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Batu Niah diserikan semangat Tahun Kuda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.