Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buaya sepanjang 4.37 meter berjaya ditangkap di Sungai Bulu, Sadong Jaya
  • TEMPATAN

Buaya sepanjang 4.37 meter berjaya ditangkap di Sungai Bulu, Sadong Jaya

Utusan Sarawak 6 hours ago
BUAYA sepanjang 4.37 meter (14 kaki 4 inci) berjaya ditangkap oleh pasukan SWAT Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bersama Sarawak Crocter. Foto Sarawak Crocter

SADONG JAYA: Seekor buaya sepanjang 4.37 meter (14 kaki 4 inci) berjaya ditangkap oleh Sarawak Crocter bersama pasukan SWAT Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu operasi di Sungai Bulu, di sini pagi tadi.

Buaya tersebut berjaya ditangkap kira-kira 10.00 pagi selepas pasukan menerima maklumat mengenai kehadiran reptilia berkenaan di kawasan sungai tersebut yang menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

PASUKAN menggunakan umpan ayam untuk menarik perhatian buaya sebelum berjaya menangkapnya. Foto Sarawak Crocter

Difahamkan, pada bahagian ekornya didapati terputus, dipercayai akibat berkelahi dengan buaya lain di habitat berkenaan.

Menurut Sarawak Crocter, pasukan menggunakan umpan ayam untuk menarik perhatian buaya sebelum berjaya menangkapnya.

Operasi yang bermula sejak dua minggu lalu itu akan diteruskan sehingga 9 Mac ini bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada lagi ancaman buaya di kawasan berkenaan.

DIFAHAMKAN, pada bahagian ekornya didapati terputus, dipercayai akibat berkelahi dengan buaya lain. Foto Sarawak Crocter

Operasi dijalankan di kawasan Sungai Bulu, Sadong Jaya dan berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti berhampiran sungai.

Oleh Yanti Sham

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PAVB anggap petisyen Sarawak langkah penting lindungi masa depan negeri
Next: RAYS 2026 perkenal Dana Akses ASEAN, Fellowship 12 bulan perkasa kepimpinan belia serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.