Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya sepanjang 1.83 meter berjaya ditangkap dalam longkang perumahan di Senadin
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya sepanjang 1.83 meter berjaya ditangkap dalam longkang perumahan di Senadin

Utusan Sarawak 3 hours ago
TANGKAP…Pasukan bomba bersama Anggota SFC menangkap seekor buaya sepanjang 1.83 meter yang ditemui berada di dalam longkang kawasan perumahan di Jalan Greenville Senadin di Miri hari ini.

MIRI: Seekor buaya sepanjang 1.83 meter berjaya ditangkap selepas ditemui berada di dalam  longkang kawasan perumahan di Jalan Greenville Senadin di sini hari ini.

Menurut Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.38 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota BBP Lutong bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

BOMBA dan SFC menangkap reptilia tersebut menggunakan tali sehingga berjaya dikawal dan ditangkap dengan selamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 8.49 pagi, didapati terdapat seekor buaya dianggarkan sepanjang enam kaki berada di dalam longkang kawasan perumahan seperti dilaporkan pengadu.

“PKO kemudian membantu pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menangkap reptilia tersebut menggunakan tali sehingga berjaya dikawal dan ditangkap dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.32 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Seramai empat anggota SFC turut berada di lokasi bagi membantu operasi menangkap buaya berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: GPS selamatkan projek Jambatan Batang Lupar 1, guna dana Sarawak sendiri – Gerald
Next: 76 individu, 72 kenderaan diperiksa polis di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.