Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya jantan 4.9 meter berjaya ditangkap di Sungai Kerang
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya jantan 4.9 meter berjaya ditangkap di Sungai Kerang

Utusan Sarawak 3 hours ago
BUAYA jantan 4.9 meter yang berjaya ditangkap di Sungai Kerang, Gedong, hari ini.

GEDONG: Seekor buaya jantan sepanjang 4.93 meter berjaya ditangkap di kawasan Sungai Kerang di sini, hari ini, selepas dipercayai bersembunyi di bawah tong minyak milik penduduk kampung.

Menurut maklumat dikongsikan Sarawak Crocter, reptilia ganas itu mempunyai lebar sekitar 68.58 sentimeter dengan anggaran berat mencecah 600 kilogram.

Operasi menangkap buaya berkenaan dilakukan susulan kebimbangan penduduk terhadap kehadiran reptilia itu yang dipercayai boleh mengancam keselamatan penduduk serta pengguna sungai di kawasan berkenaan.

BUAYA jantan 4.9 meter yang berjaya ditangkap di Sungai Kerang, Gedong, hari ini.

Difahamkan, buaya tersebut berjaya dipindahkan dan diharapkan tindakan itu dapat mengurangkan risiko serangan buaya di Sungai Kerang.

Penangkapan buaya bersaiz besar itu turut menarik perhatian penduduk kampung yang hadir menyaksikan operasi berkenaan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok akan dilaksana tahun ini
Next: 13 banduan Penjara Pusat Sri Aman dibebaskan melalui PBSL sempena Aidiladha dan Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.