Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Buaya itu sangat besar, sambar menantu, heret ke dalam sungai’ – Eddie
  • TEMPATAN

‘Buaya itu sangat besar, sambar menantu, heret ke dalam sungai’ – Eddie

Utusan Sarawak 11 hours ago

Eddie Rengkang, bapa mentua kepada Jacob Tuan ketika ditemui wartawan RTM di lokasi kejadian pagi ini dalam operasi mencari mangsa bersama pihak berkuasa/Foto ihsan RTM

KUCHING: “Dia sempat panggil saya ‘Bapak!’ saja sebelum hilang ditarik buaya… saya cuba selamatkan tapi buaya itu terlalu besar dan ganas.”

Itu luahan penuh sebak Eddie Rengkang, bapa mentua kepada Jacob Tuan, 32, yang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Paroh, malam tadi.

RTM memetik Eddie sebagai berkata bahawa kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku terlalu pantas apabila seekor buaya gergasi tiba-tiba menyambar menantunya dan terus mengheretnya ke dalam sungai gelap.

“Saya cuba tarik tangan dia tapi buaya tu libas saya dengan ekor… nasib baik saya sempat undur sikit. Kalau kena betul-betul tadi, saya pun mungkin tak ada dah,” katanya kepada wartawan RTM pagi tadi.

Katanya lagi, buaya itu merupakan yang paling besar pernah dilihatnya sepanjang dia memancing di kawasan tersebut.

“Satu kali dia sambar… terus hilang sudah. Itu buaya memang besar… saya pun hampir kena,” katanya ketika mengingat kembali detik mencemaskan itu.

Susulan kejadian, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak tengah malam dengan keanggotaan lebih 20 orang melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung.

Menurut RTM ketika tinjauan di lokasi kejadian pagi tadi, operasi pencarian turut menggunakan dron bagi membuat pemantauan dari udara di sekitar anak sungai berkenaan.

Setakat pukul 9.00 pagi tadi, operasi SAR masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai kelibat mangsa atau buaya terbabit.

Continue Reading

Previous: Program Terokai Pelancongan Lestari 2025, perkukuh aspirasi Sarawak capai lima juta pelancong
Next: Wilfred Yap presents RM10,000 grant to support Sarawak Deaf Community Service Association

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.