Buaya gergasi 5.7 meter berjaya ditangkap di Marudi, Team Eric Cat ingatkan orang ramai utamakan keselamatan

Facebook
WhatsApp
BUAYA sepanjang 5.7 meter berjaya ditangkap dalam satu operasi di Marudi yang dikendalikan oleh Team Eric Cat, sekali gus menarik perhatian penduduk setempat berikutan saiz reptilia itu yang luar biasa.

MARUDI: Team Eric Cat memaklumkan seekor buaya sepanjang 5.7 meter berjaya ditangkap dalam satu operasi di Marudi, sekali gus menyifatkan reptilia itu sebagai antara yang bersaiz luar biasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Team Eric Cat berkata operasi berkenaan memerlukan pengalaman, keberanian, kerjasama serta kawalan rapi berikutan saiz buaya yang besar.

“Operasi kali ini berdepan dengan buaya bersaiz luar biasa. Saiz sebegini memang memerlukan pengalaman, keberanian, kerjasama dan kawalan yang rapi.

BUAYA sepanjang 5.7 meter yang berjaya ditangkap oleh Team Eric Cat di Marudi disifatkan antara reptilia bersaiz luar biasa pernah dikendalikan pasukan itu.

“Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kerana turun padang demi membantu menjaga keselamatan penduduk,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Team Eric Cat turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada ketika berada berhampiran sungai serta tidak memandang ringan aspek keselamatan.

“Jangan ambil mudah keselamatan apabila berada berhampiran sungai. Sentiasa berjaga-jaga dan ikut nasihat pihak berkuasa,” katanya.

BUAYA sepanjang 5.7 meter.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung tangkapan buaya tersebut.