Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buaya gergasi 4.8 meter ditemui mati di tebing Sungai Segubang
  • TEMPATAN

Buaya gergasi 4.8 meter ditemui mati di tebing Sungai Segubang

Utusan Sarawak 7 hours ago
BUAYA gergasi sepanjang 4.8 meter ditemui mati di tebing sungai berhampiran Kampung Segubang, Batu Kawa, petang ini. Foto Sarawak Crocter

KUCHING: Seekor buaya gergasi sepanjang 4.8 meter ditemui mati di tebing sungai berhampiran Kampung Segubang, Batu Kawa, petang ini.

Penemuan reptilia itu dibuat oleh seorang penduduk tempatan yang sedang memancing udang bersama anaknya di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, buaya tersebut dipercayai sebelum ini berjaya dipancing, namun tali pancing dilaporkan putus sebelum haiwan berkenaan ditemui mati.

BUAYA gergasi sepanjang 4.8 meter ditemui mati di tebing sungai berhampiran Kampung Segubang, Batu Kawa, petang ini. Foto Sarawak Crocter

Susulan penemuan itu, pasukan Sarawak Crocter serta Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, lokasi kejadian adalah berhampiran kawasan insiden seorang remaja disambar buaya pada 27 Mac lalu. Dalam kejadian itu, jasad mangsa berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama ahli keluarga pada hari yang sama.

Kehadiran buaya bersaiz besar di kawasan berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, khususnya mereka yang menjalankan aktiviti di sungai.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bangunan asal Wisma Melanau dikekalkan dalam pembangunan Lebuk Melanau
Next: Hormati undang-undang negara jiran, kekalkan sikap toleransi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.