Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya disyaki serang mangsa ditangkap di Sungai Semanok Tatau
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya disyaki serang mangsa ditangkap di Sungai Semanok Tatau

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEEKOR buaya yang dipercayai berkaitan dengan insiden serangan di Sungai Semanok, Tatau ditangkap dan dibawa ke darat sebelum pembedahan dijalankan oleh SFC dengan bantuan bomba.

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Semanok, Tatau pada Sabtu lalu diteruskan hari ini dengan penemuan seekor buaya yang disyaki ada kaitan dengan kejadian tersebut.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pasukan penyelamat menerima maklumat daripada penduduk kampung sekitar 9.25 pagi mengenai reptilia tersebut yang telah ditarik ke daratan.

SEEKOR buaya yang dipercayai berkaitan dengan insiden serangan di Sungai Semanok, Tatau ditangkap dan dibawa ke darat sebelum pembedahan dijalankan oleh SFC dengan bantuan bomba.

“Pembedahan terhadap buaya itu dijalankan oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan bantuan bomba pada 10.30 pagi. Pemeriksaan menemui beberapa bahagian tubuh manusia namun identiti mangsa masih menunggu pengesahan pihak polis,” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Jeffery Masing Win, 21, dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama abangnya berhampiran ladang sawit di kawasan berkenaan pada malam 27 September lalu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jalan di Sungai Bidut-Kwong Ming kini bermula
Next: Gangguan tekanan air berjadual di Daerah Subis bermula 2-5 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.