MIRI: Seekor buaya betina sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap dalam operasi bersama Team Eric Cat dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Pujut Lorong 5, di sini, malam tadi.
Menurut Team Eric Cat menerusi hantaran di Facebook, operasi berkenaan dijalankan pada 27 Ogos 2026 dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Hantaran itu memaklumkan operasi menangkap reptilia berkenaan mencabar berikutan saiznya yang besar, namun hasil kerjasama, pengalaman dan keberanian pasukan, sasaran akhirnya berjaya ditangkap.
“Team Eric Cat bersama SFC turun ke lokasi dan berjaya menangkap seekor buaya betina berukuran 11 kaki,” menurut hantaran berkenaan.
Penangkapan itu membantu mengurangkan risiko ancaman reptilia berkenaan terhadap keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
Oleh Liong Chai Ling





