Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya ancaman penduduk Merapok berjaya  ditangkap
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya ancaman penduduk Merapok berjaya  ditangkap

Utusan Sarawak 2 days ago
BUAYA TUMPAS…Penghulu Jabat bersama penduduk kampung melihat lebih dekat buaya besar yang menghantui kehidupan nelayan darat di Merapok.  

LAWAS: Igauan buruk penduduk di kawasan Merapok, Lawas akhirnya berjaya diredakan apabila seekor buaya yang sering mengganggu dan mengancam keselamatan mereka berjaya ditangkap baru-baru ini.

Penghulu Jabat Ghani memaklumkan bahawa sebelum ini, kelibat reptilia berkenaan kerap kelihatan berhampiran kawasan kediaman penduduk, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung yang tinggal berdekatan sungai.

Reptilia itu berjaya ditangkap dengan bantuan seorang pemburu buaya berlesen di Lawas dan penduduk kampung.

“Bagaimanapun, buaya berkenaan terpaksa ditembak mati atas faktor keselamatan, sekali gus melegakan kerisauan penduduk di kawasan kami terutama yang masih bergantung hidup dengan sungai,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, hasil kerjasama penduduk kampung pihaknya melancarkan operasi memburu buaya berkenaan sejak beberapa hari lalu itu dan berjaya menangkapnya pada Sabtu lepas.

Kehadiran buaya berkenaan telah menyukarkan penduduk kampung turun ke sungai untuk menangkap ikan dan memancing udang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf sistem pengairan Kampung Paloh siap sepenuhnya
Next: Beberapa laluan ditutup, Pesta Sematan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.