Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 5.33 meter ditangkap dalam Operasi Pengurangan Buaya di Tatau
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya 5.33 meter ditangkap dalam Operasi Pengurangan Buaya di Tatau

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEEKOR buaya sepanjang 5.33 meter berjaya ditangkap pada hari kedua Operasi Pengurangan Buaya di Batang Tatau dipamerkan di pekan Tatau, semalam.

TATAU: Operasi Pengurangan Buaya di Batang Tatau yang dilaksanakan susulan siri serangan buaya yang pernah meragut beberapa nyawa di daerah ini berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 5.33 meter pada hari kedua operasi, semalam.

Tangkapan itu menjadikan reptilia berkenaan buaya kedua yang berjaya ditangkap sejak operasi tersebut bermula pada 8 Julai.

Operasi yang berlangsung hingga 15 Julai itu meliputi kawasan dari Jeti Pekan Tatau hingga Kuala Tatau sebagai usaha mengurangkan konflik antara manusia dengan buaya.

Menurut pihak pelaksana, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan penduduk mengenai kehadiran buaya yang mengancam keselamatan pengguna sungai. 

Batang Tatau merupakan laluan utama penduduk selain menjadi sumber rezeki nelayan dan sumber air bagi masyarakat setempat.

Operasi itu membabitkan pemburu buaya berpengalaman iaitu Jeffery Siew dari Sibu, Juni Kung dari Bintulu dan Meng Ah Lek dari Tatau. 

HASIL TANGKAPAN… Gambar bahagian kepala buaya yang ditangkap pada hari kedua Operasi Pengurangan Buaya di Batang Tatau.

Jeffery, yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun, menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berada berhampiran sungai, mengelakkan aktiviti mandi atau berenang terutama membabitkan kanak-kanak, serta tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana boleh menarik kehadiran buaya.

Daerah Tatau sebelum ini merekodkan beberapa kes serangan buaya yang meragut nyawa, termasuk membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di seberang pekan Tatau dan seorang lelaki berusia 38 tahun di Sungai Annau pada 2024, selain seorang lelaki berusia 21 tahun di Rantau Merbok pada tahun lalu.

Pihak berkuasa berharap operasi berkenaan dapat mengurangkan ancaman buaya di Batang Tatau sekali gus meningkatkan keselamatan penduduk yang bergantung kepada sungai untuk menjalankan aktiviti harian. 

Buaya yang ditangkap pada hari kedua operasi turut dipamerkan di pekan Tatau dan disaksikan kakitangan Badan Perhutanan Sarawak (SFC) Bintulu serta Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Suri rumah cemas, ular tedung hitam sembunyi di halaman rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.