Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 4.37 meter diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak selepas ditangkap
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya 4.37 meter diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak selepas ditangkap

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Ketua Polis Samarahan, DSP Barry William dan pegawainya bersama buaya yang telah ditangkap.

SADONG JAYA: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bersama agensi berkaitan berjaya menangkap seekor buaya besar berukuran 4.37 meter (14 kaki 4 inci) di kawasan Sungai Sarawak, pagi tadi.

Reptilia itu dipercayai buaya sama yang menyerang dan membunuh seorang lelaki berusia 29 tahun pada 17 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Barry William, berkata buaya berkenaan ditangkap pada sekitar 10.00 pagi di lembangan sungai tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bahagian ekor buaya itu terputus dipercayai akibat berkelahi dengan buaya lain. Ia juga mempunyai kesan kecederaan lama pada salah satu anggota badan sehingga menyebabkan kecacatan yang jelas.

BUAYA yang berjaya ditangkap.

“Buaya berkenaan telah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan berkaitan, anggota penguat kuasa semalam turut menangkap seekor lagi buaya sepanjang sekitar 1.83 meter (enam kaki), menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan dalam operasi di Sungai Sarawak setakat ini dua ekor.

Dalam kejadian pada 17 Februari lalu, mangsa, Mohd Faizal, 29, dilaporkan sedang menjala udang berhampiran jambatan Sungai Sarawak sebelum diserang dan diseret buaya.

Mayat mangsa ditemui keesokan harinya pada 18 Februari, oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan nelayan tempatan.

Mayat ditemui dalam keadaan sempurna dengan kesan gigitan pada bahagian abdomen yang dipercayai akibat serangan buaya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu tangkap ular ‘cincin emas’ dua meter di Stesen Janakuasa Batang Ai
Next: Pemantauan projek pembangunan ditekankan demi manfaat rakyat di DUN Bukit Kota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.