Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya satu meter berjaya ditangkap berhampiran Tapak Pesta Kaul Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Buaya satu meter berjaya ditangkap berhampiran Tapak Pesta Kaul Mukah

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN BOMBA berjaya menangkap seekor buaya dalam parit tapak Pesta Kaul Mukah, pagi tadi. Foto
BBP Mukah

MUKAH: Seekor buaya sepanjang satu meter berjaya ditangkap oleh pasukan bomba di parit berhampiran tapak Pesta Kaul Mukah pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia itu daripada seorang pengadu pada 7.06 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sampai di lokasi kejadian didapati seekor buaya sepanjang satu meter dalam parit.

“Komander Operasi (KO) mengarahkan anggota penyelamat menggunakan tali penyelamat untuk menjerat mulut buaya dan berjaya ditangkap,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, reptilia tersebut diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi membabitkan enam anggota itu ditamatkan pada 7.29 pagi selepas keadaan disahkan terkawal.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SADA adakan sesi libat urus projek rumah burung walit
Next: Penutupan, lencongan jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul di Miri dan Subis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.