Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 3.12 meter, 3.96 meter ditangkap dalam operasi Batang Sadong
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya 3.12 meter, 3.96 meter ditangkap dalam operasi Batang Sadong

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANTARA buaya yang berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu di Batang Sadong oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan kumpulan pemburu buaya tempatan, Sarawak Crocter.

SADONG JAYA: Operasi bersepadu memburu buaya di Batang Sadong mencatat perkembangan terbaharu apabila dua lagi reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam tempoh dua hari terakhir, termasuk seekor sepanjang 3.12 meter (10 kaki 3 inci) di salah satu anak sungai di Ensengei hari ini.

Tangkapan terbaharu itu menyusul selepas seekor lagi buaya sepanjang 3.96 meter (13 kaki) berjaya ditangkap semalam di Batang Sadong dalam operasi yang dijalankan secara bersama oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan kumpulan pemburu buaya tempatan, Sarawak Crocter.

Operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mengawal populasi buaya di kawasan Batang Sadong susulan insiden serangan yang melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun baru-baru ini.

Sebelum ini, beberapa tangkapan turut direkodkan dalam operasi sama termasuk seekor buaya sepanjang 4.37 meter (14 kaki 4 inci) yang berjaya ditangkap di Sungai Bulu, Sadong Jaya.

Pengasas Sarawak Crocter, Francis Chai berkata operasi pemburuan dan pemantauan buaya di kawasan tersebut dijalankan dengan kerjasama rapat bersama pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko konflik antara manusia dan reptilia berkenaan.

BUAYA yang berjaya ditangkap.

Menurutnya, antara faktor utama yang menarik kehadiran buaya berhampiran kawasan penempatan adalah pembuangan sisa makanan ke dalam sungai yang menjadi sumber makanan mudah kepada haiwan tersebut.

“Buaya suka berada berhampiran kawasan kampung kerana tahu ada makanan. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh meningkatkan risiko konflik dengan manusia,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sungai kerana tindakan tersebut boleh menarik kehadiran buaya ke kawasan yang sering digunakan penduduk.

Operasi pemantauan dan pemasangan perangkap di Batang Sadong dijangka diteruskan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat untuk aktiviti penduduk setempat.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Pesakit dirawat di wad pembedahan, Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris
Next: Laluan ke tokong di Batu 10 akan dinilai untuk kerja baik pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.