Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 15 kaki terjerat umpan di Sungai Melupa
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya 15 kaki terjerat umpan di Sungai Melupa

Utusan Sarawak 16 hours ago

Buaya sepanjang 15 kaki itu memakan umpan yang dipasang sekitar Sungai Melupa sebelum dibawa oleh pihak SFC untuk tindakan selanjutnya. Foto: APM Saratok

SARATOK: Operasi pengurangan populasi buaya di Sungai Batang Krian membuahkan hasil hari ini apabila seekor buaya sepanjang 15 kaki berjaya dinaikkan ke darat pada 5.00 petang tadi.

Buaya tersebut memakan umpan yang dipasang sekitar Sungai Melupa sebelum dibawa oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata operasi ‘Op Remove’ yang dijalankan pada hari ini telah memasuki pada hari ketiga. 

Buaya sepanjang 15 kaki itu memakan umpan yang dipasang sekitar Sungai Melupa sebelum dibawa oleh pihak SFC untuk tindakan selanjutnya. Foto: APM Saratok

Operasi ini melibatkan kerjasama erat pelbagai pihak termasuk empat anggota APM, lima anggota SFC, dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua anggota Bomba, dan tujuh anggota RELA.

Aktiviti bermula seawal 8.50 pagi dengan penyediaan peralatan, diikuti pemasangan umpan di tebing Sungai Krian dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

Buaya sepanjang 15 kaki itu memakan umpan yang dipasang sekitar Sungai Melupa sebelum dibawa oleh pihak SFC untuk tindakan selanjutnya. Foto: APM Saratok

Pemantauan diteruskan di Sungai Ulu Krian dan Ulu Awik yang dimulai sekitar 1.30 petang hingga ke Loji Kaki Wong.

“Pada 5.00 petang, buaya itu berjaya ditangkap selepas memakan umpan yang dipasang,” jelas Nur Athirah ketika dihubungi pemberita.

Operasi ditamatkan pada 6.00 petang dengan anggota kembali ke pangkalan dan dijadualkan bersambung esok.

Penduduk sekitar diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi garis panduan keselamatan sungai bagi mengelakkan sebarang insiden.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpisahan guru SMK Agama Saratok penuh emosi, kenang jasa 14 tahun bakti
Next: Kecemerlangan Pendidikan Islam dirai menerusi Majlis Khatam al-Quran dan Apresiasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.