Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Buat laporan palsu, pemuda didenda RM1,000
  • MAHKAMAH

Buat laporan palsu, pemuda didenda RM1,000

Utusan Sarawak 8 hours ago
MAHKAMAH Majistret Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini telah menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan terhadap seorang pemuda atas pertuduhan membuat laporan polis palsu, membabitkan kehilangan sebuah kenderaan.

Liew Wei Kin, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Penolong Pendaftar Kanan Jessica Lee Suk Kiun setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Liew didakwa membuat laporan polis palsu dengan memberikan maklumat palsu bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pada 18 Julai 2025, sekitar 9.00 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga tertuduh mendapati kenderaan sewa jenis pacuan empat roda yang diparkirkan di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Tukang besi telah hilang.

Pengadu mensyaki kenderaan tersebut telah dicuri dan pergi ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis.

Pada 4 Ogos 2025, sekitar 12.15 tengah hari bertempat di tepi Jalan Pisang Keling, Bintulu, pihak polis telah menahan dan memeriksa seorang lelaki iaitu tertuduh.

Pihak polis turut meminta tertuduh memberikan maklumat pengenalan diri selain turut menjumpai dua telefon bimbit. Tertuduh kemudian ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan yang dijalankan kemudian mendapati tertuduh telah membuat laporan polis palsu serta memberi maklumat palsu kepada anggota polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Keputusan kes edar dan miliki dadah ditetap 26 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.