Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘BUAH TANGAN’ RM42 JUTA
  • TEMPATAN

‘BUAH TANGAN’ RM42 JUTA

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pulau Bruit yang berlangsung di Dewan Kampung Tekajong di Pulau Bruit, semalam. Turut hadir, Datuk Abdullah Saidol, Datu Len Talif Salleh,Ir. Yusuf Abdul Wahab, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Hamdiah Bakir, Datu Abdullah Julaihi, Zolkipli Mohamad Aton, Safiee Ahmad dan Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

PULAU BRUIT: Seluruh  kawasan pulau  yang terpencil ini akan dihubungi oleh jalan raya  dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Setelah dapat dihubungi menggunakan jalan raya katanya, ia secara tidak langsung akan menggiatkan lagi pelbagai aktiviti sosioekonomi penduduk di Pulau Bruit dan kawasan sekitarnya.

“Untuk tujuan itu kita akan  menaik taraf jalan-jalan ladang sedia ada supaya seluruh Pulau Bruit akan dihubungi  dengan jalan raya.  Dan bagi beberapa buah jambatan kecil-kecil di sini juga perlu dinaik taraf. Dan untuk itu saya meluluskan dana RM20 juta pada hari ini,” ujarnya.

Dan sebagaimana kita sedia maklum, tambah beliau, dengan siapnya Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh Pulau Bruit akan dihubungi dengan tanah besar Daro dan Tanjung Manis.

“Justeru dengan siapnya Jambatan Batang Paloh dan Batang Lassa Pulau Bruit ini akan bersambung dengan tanah besar. Kerajaan Sarawak telah memperuntukan dana yang cukup besar untuk pembinaan jambatan-jambatan ini,” katanya.

Selain itu, Johari juga menyatakan bekalan air di kawasan berkenaan juga akan diatasi sepenuhnya dalam masa empat ke lima tahun akan datang.

“Jambatan yang menelan kos yang tinggi ini adalah sangat istimewa kerana apabila siap kelak ia akan juga dijadikan sebagai pembawa atau tempat meletakkan paip air dari Tanjung Manis yang mempunyai sumber air dari Sibu dan terus ke Pulau Bruit. Dengan  grid air itu, masalah air di Bruit akan diatasi sepenuhnya  dalam masa empat atau lima tahun ini,” katanya.

Dan itu semua katanya, adalah berkat keupayaan Kerajaan Sarawak untuk menambahkan sumber pendapatan melalui cukai jualan terhadap minyak dan gas.

“Jambatan-jambatan ini menelankan kos berbilion ringgit, dan kita amat bersyukur kerana Kerajaan Sarawak mempunyai hasil tambahan melalui cukai jualan terhadap minyak dan gas yang menyaksikan dalam masa tiga tahun kita sudah memperolehi RM7 bilion,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimping Bersama Masyarakat Pulau Bruit yang berlangsung di sini pada Khamis (2 Disember).

Selain untuk membaiki jambatan-jambatan kecil di Pulau Bruit, pada majlis itu Johari juga meluluskan RM22 juta untuk tujuan aktiviti dan projek pertanian seperti pembinaan ban atau benteng.

“Bererti buah tangan saya pada hari ini adalah sejumlah RM42 juta (20 untuk jambatan-jambatan kecil dan RM22 juta juga untuk aktiviti pertanian-membina ban dan benteng). Ini semua bukan kerana pilihan raya akan tetapi ia memang sudah dirancang sebelum ini. Justeru, saya amat bersyukur kerana dapat bersama masyarakat di sini pada hari ini. Dan tambah RM6 juta lagi untuk pembinaan Masjid di Pulau Bruit,” tambahnya.

Diadakan di Dewan KampungTekajong, juga hadir ialah Menteri  Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar,  Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Setiausaha  Kerajaan Negeri(Transformasi Sosio Ekonomi) Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki,  Ahli Parlimen Rejang Yusuf Abdul Wahab dan  Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir.

Oleh HENRY B. SIYU

Continue Reading

Previous: MDSA sokong aspirasi kerajaan semasa
Next: Annuar pertahankan kerusi DUN Nangka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.