Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BSN MIRI DITUMPU
  • TEMPATAN

BSN MIRI DITUMPU

Utusan Sarawak 4 years ago
BERBARIS PANJANG…Kelihatan orang ramai menunggu di luar BSN di Miri, semalam.

MIRI : Bank  Simpanan Nasional  (BSN)  di Jalan Sri Dagang di sini terus  menjadi  tumpuan  penerima bantuan  Bantuan  Khas  Sarawakku Sayang  (BKSS), semalam.

Ada yang sanggup menunggu dan tidur di luar bank seawal 2.00 pagi bagi mengelak beratur panjang untuk mendapatkan wang bantuan.

Rata – rata  mereka  yang menunggu  awal  datang  dari Ulu Tinjar,  Saeh, Niah  dan  Lambir  ekoran  tiada  perkhidmatan  BSN di  kawasan  mereka.

Terdahulu, satu  rakaman video  tular  di  laman  sosial  yang  memaparkan  orang  ramai  mula menunggu di luar bank  seawal 2.00 pagi.

Kejadian ini turut  menarik perhatian Ahli  Parlimen  Sibuti, Lukanisman  Awang  Sauni  yang kemudian  turun  padang  meninjau keadaan penerima bantuan tunai di bank berkenaan.

Dalam hantaran di laman Facebook, Lukanisman berkata, orang pertama yang menunggu datang dari Saeh, memaklumkan sudah tiga hari mencuba dan beliau bertanya satu persatu berkenaan situasi yang mereka hadapi.

“Cuaca juga agak sejuk dan ada yang datang bersama cucu menunggu sejak 12.00 malam.

“Makcik Dijah dari Rumah Lagan memaklumkan beliau membayar RM100 untuk tambang, ada yang datang dari Tinjar memaklumkan tidak balik modal kalau dua hingga tiga hari menunggu.

“Saya dimaklumkan tuntutan bantuan dihadkan seramai 80 sehari.

“Saya akui sistem penyampaian bantuan kerajaan ketika pandemik Covid-19 sebegini agak meletihkan dan perlu diurus dengan berperikemanusian,” katanya.

Lukanisman berkata, rata-rata memerlukan bantuan tunai ini bagi keperluan harian dan terkesan kerana terjejas pendapatan.

 “Isu berkaitan bantuan tunai yang dibangkitkan, kemaskini akaun yang tidak lengkap, tiada akaun bank, perkhidmatan BSN hanya terhad di bandaraya Miri, tiada kaunter bergerak berjadual disediakan, kebenaran rentas daerah yang lebih ketat, tambang mahal, kemudahan ATM tiada di pekan seperti Bekenu, Beluru dan isu bilangan tebus bantuan yang terhad kepada 80 orang,” katanya.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Struktur semula pentadbiran Daerah Belaga
Next: Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.