Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSMM Miri santuni dua keluarga kurang berkemampuan
  • Tengah
  • WILAYAH

BSMM Miri santuni dua keluarga kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 12 hours ago
SANTUNI… Dr. Uma Devi bersama ahli jawatankuasa yang lain menyantuni dua keluarga kurang berkemampuan di Bakong, semalam.

MIRI: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri melalui Jawatankuasa Kecil Penjagaan dan Perlindungan Komuniti telah menyantuni dua keluarga kurang berkemampuan di sebuah rumah panjang di Bakong semalam.

Lawatan itu diketuai oleh pengerusinya Dr. Uma Devi dan turut disertai pegawai dari Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan beberapa orang sukarelawan.

Inisiatif itu turut mendapat sokongan seorang penduduk tempatan V.P Govindasamy yang juga merupakan ahli Komuniti Kesihatan.

Dalam lawatan itu, Dr. Uma tidak melepaskan peluang menyampaikan ceramah pendidikan berkaitan topik kesihatan dan alam sekitar terutama berkaitan bahaya plastik bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan plastik yang berbahaya dan menggalakkan alternatif lestari.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan kebersihan dengan menggalakkan penduduk di rumah panjang berkenaan sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing serta amalan pemakanan yang sihat.

Dalam pada itu, pegawai dari MBM Dayang Mariamah turut mengadakan sesi penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak majlis serta cara melaporkan sebarang isu berkaitan kebajikan komuniti.

Pihak MBM turut menyerahkan pelekat ‘Katakan Tidak kepada Plastik’ manakala BSMM Miri mengagihkan pinggan dan mangkuk keluli tahan karat yang disumbangkan oleh sekumpulan penderma yang enggan dikenali, sebagai sebahagian daripada kempen menentang penggunaan plastik

Selain itu, dua keluarga tersebut turut menerima bantuan berupa makanan kering dan dalam tin, pakaian serta barangan kebersihan.

Menurut jurucakap BBSM Miri, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mereka dan MBM untuk membantu komuniti rentan dengan merancang lebih banyak lawatan pada masa hadapan.

“Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyumbang kepada program kemasyarakatan ini boleh menghubungi PBSM Cawangan Miri di talian 085-411121 atau melalui emel miri@redcrescent.org.my,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Pendekatan tidak seimbang, Sarawak henti projek hutan Ulu Baram
Next: LKAMB komited jana pendapatan masyarakat Melayu Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.