Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSJKD IPD Betong dekati komuniti rumah panjang, tingkat kesedaran penipuan dalam talian
  • Selatan
  • WILAYAH

BSJKD IPD Betong dekati komuniti rumah panjang, tingkat kesedaran penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 8 hours ago
PROGRAM Sembang Santai Bersama Komuniti yang diadakan di Rumah Panjang Bebuling Baroh, Spaoh, petang semalam. Foto: IPD Betong

BETONG: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong menganjurkan Program Sembang Santai Bersama Komuniti bagi memberi pendedahan mengenai pencegahan jenayah penipuan dalam talian di Rumah Panjang Bebuling Baroh, Spaoh, petang semalam.

Menurut kenyataan media IPD Betong, program tersebut diketuai oleh Inspektor Ahmad Fahmi Khufadli bersama tiga anggota BSJKD iaitu Sarjan Aurther Situk, Sarjan Norfariza Mohamed Usup dan Koperal Rozelind Wahit.

PROGRAM Sembang Santai Bersama Komuniti yang diadakan di Rumah Panjang Bebuling Baroh, Spaoh, petang semalam. Foto: IPD Betong

Program berkenaan turut dihadiri sekitar 20 orang penduduk dari kawasan sekitar yang mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenayah komersil yang semakin berleluasa ketika ini.

Sepanjang sesi berlangsung, pihak polis memberi penerangan mengenai trend terkini jenayah komersil khususnya penipuan dalam talian yang kini menjadi antara jenayah utama melibatkan kerugian kewangan kepada orang ramai.

Penduduk turut diberi pendedahan mengenai fungsi serta peranan National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 yang berperanan sebagai saluran penting bagi tindakan segera sekiranya berlaku penipuan kewangan.

PROGRAM Sembang Santai Bersama Komuniti yang diadakan di Rumah Panjang Bebuling Baroh, Spaoh, petang semalam. Foto: IPD Betong

Selain itu, pihak polis turut mengedarkan risalah serta memberi penerangan berkaitan kesalahan menjadi keldai akaun, iaitu tindakan meminjamkan atau menjual akaun bank kepada pihak lain yang boleh disalahgunakan untuk aktiviti jenayah.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah komersil serta menggalakkan kerjasama komuniti dalam usaha mencegah diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Dalam masa sama, ia turut menjadi platform bagi memperkenalkan peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak polis, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, kepada masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, program tersebut mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung yang menunjukkan minat serta memberi maklum balas positif sepanjang sesi penerangan berlangsung.

Malah, sebahagian penduduk turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi maklumat seperti E-book Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kepada ahli keluarga dan kenalan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah penipuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persiapan Jelajah Eksplorasi Maludam Siri 3 diperkemas
Next: ADUN Kabong santuni asnaf, bakal pasang lampu solar di Kampung Emplam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.