Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Brunei sumbang bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.7 juta
  • TEMPATAN

Brunei sumbang bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.7 juta

Utusan Sarawak 4 years ago
SUMBANGAN SAHABAT… Dr. Azlie menerima sumbangan Negara Brunei di Pos Sempadan Labu Temburong disampaikan Awang Zakaria Awang Serudin bernilai RM1.7 juta.

KERAJAAN Brunei telah menghulurkan sejumlah 10 alat bantuan pernafasan dan 200 kit ujian Covid-19  kepada Kerajaan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan semalam.

Sumbangan ini diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia Perubatan Sarawak Dr. Azlie bin Ayub yang turut mewakili Kerajaan Malaysia di Sempadan Labu Temburong, Brunei.

Manakala Kerajaan Brunei diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Awang Haji Zakaria Awang Serudin di Pos Imigresen Labu, Temburong semalam.

Majlis ringkas berkenaan menyaksikan pihak Kerajaan Brunei berharap bantuan ini menjadi simbol kerjasama kedua negara berjiran untuk bersama menentang pandemik Covid-19.

Negara Brunei juga berdoa agar kawasan serantau antara Brunei, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat membentuk kelompok serantau yang bebas Covid-19 melalui kerjasama serantau.

Sementara itu Dr. Azlie kemudiannya bersama Pengarah Hospital Daerah Lawas Dr. Ahmad Syahir Sarji bergerak ke Pos Sempadan Merapok-Sindumin dekat Sabah untuk menyerahkan empat alat bantuan pernafasan dan alat ujian Covid-19 kepada pihak Kementerian Kesihatan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr. Azlie yang mewakili Kerajaan Malaysia mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan Negara Brunei kepada KKM Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bernilai RM1.7 juta.

Sumbangan ini adalah atas usaha bersama Menteri Luar Malaysia Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri Luar II Negara Brunei Dato Seri Setia Haji Erywan HajiĀ  Mohd Yusof yang merupakan simbol keakraban kedua negara sahabat.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: OPTIMIS CAPAI 80 PERATUS
Next: Bazaarnita Fatima diperindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.