Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Brunei penyumbang utama pelancong ke Sarawak
  • SEMASA

Brunei penyumbang utama pelancong ke Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima cenderamata pada Program ASEAN Youth Volunteer 2025@Sarawak yang berlangsung di English Tea House, Dataran Ibu Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak menarik lebih 200,000 pelawat dari Brunei setiap bulan, menjadikan negara itu penyumbang utama kepada jumlah pelancong yang masuk ke negeri ini setakat pertengahan tahun 2025.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, angka tersebut merupakan sebahagian besar daripada purata kehadiran pelawat ke Sarawak yang kini mencecah antara 400,000 hingga 500,000 orang sebulan.

“Secara keseluruhan, Sarawak telah berjaya mencapai separuh daripada sasaran lima juta pelawat bagi tahun ini. Ini menunjukkan prestasi pelancongan Sarawak berada di landasan yang sangat baik. 

“Kita yakin dengan momentum ini, sasaran lima juta pelawat menjelang hujung tahun dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program ASEAN Youth Volunteer 2025@Sarawak yang berlangsung di English Tea House, Dataran Ibu Pertiwi, hari ini.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan gambar kenangan pada Program ASEAN Youth Volunteer 2025@Sarawak yang berlangsung di English Tea House, Dataran Ibu Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

Beiau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan turut menegaskan komitmen kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terhadap usaha memperkasa belia melalui inisiatif pembangunan dan kesukarelawanan rentas negara.

Katanya, kerjasama belia serantau perlu terus diperkukuh kerana semangat kesukarelawanan merupakan kekuatan utama ASEAN, manakala solidariti menjadi kunci kepada kemajuan bersama.

“Kepada belia ASEAN, anda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi juga pencetus perubahan masa kini. Dengan semangat dan tindakan anda, rantau ini mampu menjadi lebih baik,” ujarnya.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia hantar kontinjen terbesar ke ‘World Scout Moot’ di Portugal
Next: Agong berkenan Brisk Walk bersama warga Istana Negara, galakkan gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.