Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Brunei lancar sistem identiti digital kebangsaan
  • TEKNOLOGI

Brunei lancar sistem identiti digital kebangsaan

Utusan Sarawak 1 day ago
BRUNEI memperkenalkan Brunei Identiti Digital atau Brunei ID, iaitu sistem identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai bentuk pengenalan diri elektronik untuk individu.

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei memperkenalkan Brunei Identiti Digital atau Brunei ID, iaitu sistem identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai bentuk pengenalan diri elektronik untuk individu, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha transformasi digital negara itu, lapor Xinhua.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei serta Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada Jumaat berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus digital negara di samping memudahkan akses yang selamat, mudah dan mesra pengguna kepada perkhidmatan digital kerajaan.

Brunei ID membolehkan warganegara dan penduduk Brunei mengesahkan identiti digital mereka apabila mengakses perkhidmatan dalam talian kerajaan menerusi satu mekanisme log masuk tunggal yang disokong oleh pengesahan biometrik.

Dibangunkan berasaskan prinsip keselamatan dan privasi yang kukuh, pengesahan biometrik dilaksanakan secara setempat pada peranti pengguna, manakala data peribadi dilindungi mengikut keperluan keselamatan dan perlindungan data yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perkhidmatan digital kerajaan lain akan disepadukan secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaan yang teratur serta selaras dengan keperluan kerajaan, keselamatan dan perlindungan data, seiring dengan transformasi digital perkhidmatan awam negara dan rangka kerja ekonomi digital kebangsaan.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: ONSA lindungi ruang digital, putuskan kitaran CSAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.