Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Brunei komited perkukuh kerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga
  • SEMASA

Brunei komited perkukuh kerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Negara Brunei Darussalam bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang kolaborasi dengan Sarawak dalam memastikan kestabilan tenaga yang berterusan.

Menegaskan komitmen ini, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Dato’ Seri Paduka Awang Mohamad Azmi Mohamad Hanifah berkata, ia sebagai langkah memastikan keselamatan tenaga yang berdaya tahan di rantau ini.

“Kami bertekad untuk menjamin keselamatan tenaga di rantau ini dan akan terus bekerjasama dengan rakan strategik bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, menekankan peri pentingnya hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memastikan kelangsungan sektor tenaga.

“Sebagai negara jiran, kami sentiasa berusaha memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami berbincang secara mendalam mengenai beberapa perkara penting yang membawa kepentingan bersama,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Pertemuan ini berlangsung susulan jemputan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, serta atas permintaan Energy Information Center (EIC) bagi menghadiri acara rasmi sebagai tetamu.

Ia menjadi platform penting dalam membincangkan aspek strategik sektor tenaga selain memperkukuh hubungan antara Brunei dan Sarawak ke arah kestabilan bekalan tenaga di rantau ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Damai, Telok Melano dua destinasi peranginan utama lokasi pemulihan pasca rawatan pesakit
Next: Aspek keselamatan, kebajikan rumah ibadat diutamakan termasuk tangani isu sedia ada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.