Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bruce Teo himpun keindahan alam dalam buku The Untamed Sarawak
  • TEMPATAN

Bruce Teo himpun keindahan alam dalam buku The Untamed Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
ABDUL Karim Rahman Hamzah (dua kiri) membelek buku The Untamed Sarawak daripada Bruce Teo (dua kanan). Turut hadir ialah Timbalan Menterinya Datuk Snowdan Lawan (kiri) dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (kanan).

PETRA JAYA: Usaha Bruce Teo menerbitkan buku The Untamed Sarawak, yang menghimpunkan koleksi fotografi hidupan liar negeri ini, disifatkan sebagai kejayaan membanggakan serta menyumbang kepada agenda pemeliharaan alam sekitar Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, karya tersebut bukan sahaja mengetengahkan keunikan biodiversiti tempatan, malah memperlihatkan kebolehan anak Sarawak menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

“Buku ini bukan hanya sebuah dokumentasi bergambar, malah menjadi medium bagi mewakili suara flora dan fauna yang tidak mampu bersuara.

“Ia memperlihatkan bagaimana bakat tempatan, apabila digerakkan dengan semangat dan dedikasi, mampu menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi di persada global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan pelancaran The Untamed Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Tambah Abdul Karim, karya Bruce bukan sahaja menarik minat pelancong, malah turut berpotensi menjadi rujukan berguna kepada golongan pendidik, penyelidik serta generasi masa depan dalam mendalami kekayaan ekosistem negeri ini.

Bruce, yang berpengalaman sebagai pemandu pelancong bertauliah, telah meluangkan masa bertahun-tahun meredah hutan Sarawak bagi merakam pelbagai spesies unik seperti reptilia, amfibia dan labah-labah yang jarang ditemui.

Oleh Amanda L. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Durian kuning Sarawak bakal tembusi pasaran China
Next: Lawas pemacu pembangunan utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.