Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Britain: Lelaki didakwa rempuh penyokong bola sepak dihukum penjara 21 tahun setengah
  • GLOBAL

Britain: Lelaki didakwa rempuh penyokong bola sepak dihukum penjara 21 tahun setengah

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR fail edaran tanpa tarikh ini yang diterima daripada Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (Crown Prosecution Service) pada 26 November 2025 menunjukkan gambar tahanan Paul Doyle semasa beliau ditahan di Liverpool. Doyle, yang merempuh menggunakan keretanya ke arah perarakan peminat bola sepak yang sedang meraikan kemenangan Liga Perdana Inggeris Liverpool sehingga mencederakan puluhan orang, telah dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun dan enam bulan oleh mahkamah pada 16 Disember 2025. Foto AFP

MOSCOW: Paul Doyle, yang didakwa merempuh sekumpulan penyokong kelab bola sepak Liverpool dengan kenderaan, dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun setengah, menurut Polis Merseyside, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Ogos lalu, pendakwa raya Britain mendakwa Doyle, 54, dengan 31 pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan parah serta memandu secara berbahaya.

“Hari ini di Mahkamah Mahkota Liverpool, beliau dijatuhi hukuman penjara selama 21 setengah tahun,” menurut polis dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Mei, Doyle merempuh sekumpulan orang ramai yang sedang meraikan kemenangan pasukan bola sepak Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.

Polis tidak menganggap kejadian rempuhan itu sebagai satu perbuatan keganasan dan menyiasat insiden berkenaan sebagai satu kes jenayah.

Akibat kejadian itu, seramai 134 orang dilaporkan cedera.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti 

Continue Reading

Previous: Disember gelap di Stockholm: Hanya setengah jam cahaya matahari
Next: Ariane 6 lancar dua satelit navigasi Eropah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.