Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Brisbane ‘lockdown’ tiga hari
  • GLOBAL

Brisbane ‘lockdown’ tiga hari

Utusan Sarawak 4 years ago

MELBOURNE, AUSTRALIA - APRIL 30: A nurse wearing full PPE takes swabs in the Pacific Epping Shopping Centre where one of the new mobile testing sites is located during COVID 19 on 30 April, 2020 in Melbourne, Australia. (Photo by Speed Media/Icon Sportswire)

PENDUDUK Brisbane menunggu giliran bagi menjalani ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu. • Foto AFP

Brisbane: Lebih dua juta penduduk di Brisbane menjalani sekatan pergerakan (lockdown) selama tiga hari, selepas satu kluster Covid-19 dikesan di bandar ketiga terbesar di Australia itu.

Ia adalah lockdown mengejut kedua dikuatkuasakan di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya, selepas tujuh individu disahkan positif virus itu – kes pertama penularan Covid-19 dalam komuniti yang signifikan dalam tempoh beberapa bulan lalu.

“Ini adalah strain (Covid-19) United Kingdom. Ia mudah menular. Sekarang kita perlu mengadakan (lockdown) ini bagi mengelak lockdown jangka panjang,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk.

“Kita melihat apa yang berlaku di negara lain. Saya tidak mahu melihat ia terjadi di Queensland, saya tidak mahu ia berlaku di Australia.”

Sekolah, restoran dan bar akan ditutup mulai jam 5 petang pada Isnin tetapi orang ramai masih boleh keluar rumah untuk kerja yang keperluan, untuk membeli makanan, bersenam dan mendapatkan rawatan perubatan.

Memakai pelitup muka di tempat awam juga menjadi mandatori di Queensland, selepas seorang individu yang dijangkiti Covid-19 melakukan perjalanan dari Gladstone di wilayah itu.

Australia dilihat cemerlang dalam menangani penularan Covid-19 dengan lebih sedikit daripada 29,000 kes dan 909 kematian.

Bagaimanapun, imunisasi Covid-19 di negara itu masih perlahan dengan hanya 500,000 suntikan sudah diberikan di negara dengan 25 juta penduduk itu.

Sebelum lockdown ini, Brisbane adalah antara beberapa bandar yang memberi kelonggaran kepada penduduknya untuk menghadiri acara termasuk konsert dan sukan.-AFP

Continue Reading

Previous: Aktiviti Terusan Suez tertangguh
Next: Serangan debu kuning jejaskan kualiti udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.