SHANNON Briggs mungkin berusia 48 tahun. Namun bekas juara dunia heavyweight masih kelihatan seperti petinju yang hebat.
Briggs menayangkan fizikal badan tegapnya ketika mengikuti kem latihan satu program tinju.
Dia dikatakan membuat perjanjian bersama BKFC pada April lalu, sekalipun pertembungan profesional terakhirnya adalah pada 2016.
Malah dia kelihatan berada pada tahap terbaik ketika dia mencari lawan pertama dalam pertarungan heavyweight.
Walaupun cabaran barunya dalam gusti tangan, Briggs baru-baru ini mendakwa dia bersetuju bertarung petinju legenda, Mike Tyson.
Gabungan umur mereka adalah 101, pertembungan antara Tyson dan Briggs pastinya menarik.
Briggs memberitahu : “Saya bercakap dengan Mike Tyson, ia akan dilaksanakan, saya dan Mike.
“Kami akan memastikan dia berlaku, ia secara rasmi, anda akan dapat melihatnya, Brownsville versus Brownsville.
“Saya dan Tyson akan menyarung semula sarung tangan.
“Ini adalah untuk kebajikan, ini adalah pertunjukan, saya mahu masyarakat faham.
Sementara itu, pertembungan kali pertama Anthony Joshua bersama Tyson Fury dijangka tidak berlangsung di Britain, umum promoter Eddie Hearn.
Joshua yang juga juara dunia WBA, IBF, dan WBO serta pemegang tali pinggang WBC, Fury secara prinsipal bersetuju untuk beraksi pada 2021.
Namun Hearn tidak percaya kedua-dua petinju Britain itu akan beraksi di depan penyokong sendiri.
Arab Saudi yang menjadi pentas menyaksikan Joshua menewaskan Andy Ruiz Jr pada Disember tahun lalu, menjadi lokasi pilihan untuk pertembungan Joshua-Fury.
Hearn mengakui dia juga mahu melihat perlawanan itu berlangsung di Britain namun faktor kewangan dilihat lebih memihak di negara Timur Tengah atau China.
“Jika kita dapat menganjurkan perlawanan di UK, ia pasti amat menarik tetapi Arab Saudi pastinya berminat dengan perlawanan ini. Kami mempunyai pengalaman menarik ketika pertemuan dengan Andy Ruiz.
“Kami juga menerima tawaran dari China serta beberapa negara lagi di seluruh dunia kerana ia adalah perlawanan terbesar di dalam sukan tinju.
“Tiada negara yang pernah menganjurkan acara utama tidak mahu menganjurkan perlawanan itu.
“Setiap orang memperkatakan mengenai perlawanan akan berlangsung di UK tetapi ia tidak akan berlaku.
“Kami perlu merujuk tawaran untuk perlawanan ini kepada kedua-dua pasukan petinju itu. Ia adalah sukan yang berbahaya, jadi biarkan mereka menentukan bagaimana untuk meraih wang yang banyak,” katanya.-AFP