Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Brek tidak berfungsi, gear tidak dapat ditukar – dakwa pemandu bas
  • SEMASA

Brek tidak berfungsi, gear tidak dapat ditukar – dakwa pemandu bas

Utusan Sarawak 1 day ago
KIRA-KIRA 30 orang petugas dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melakukan kerja-kerja penyiasatan dan mengumpul maklumat berkenaan insiden meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik hari ini. Foto BERNAMA

KOTA BHARU:  Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan tragis mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), Gerik, awal pagi semalam memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa terlibat.

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek yang menyebabkannya hilang kawalan sehingga bas terbabit merempuh besi penghadang jalan.

“Bas berada dalam keadaan baik sewaktu memulakan perjalanan, namun secara tiba-tiba, ketika melalui jambatan lintasan gajah di Gerik, brek tidak berfungsi dan gear juga tidak dapat ditukar.

“Saya memulakan kerjaya sebagai pemandu bas pada 2016 dan kejadian ini ialah kali pertama terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pemandu bas itu amat kesal dengan insiden yang berlaku serta menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Ketika ini, Mohd Amirul sedang menunggu untuk menjalani pembedahan tangan kiri yang patah akibat kemalangan itu, di Hospital Taiping, Perak.

Dalam pada itu, dia turut menafikan khabar angin mengenai kematian kelindan bas, Samsudin Hamat, 50-an, yang juga bapa saudaranya.

“Berita yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar kerana dia sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53 JRTB, berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pengawal keselamatan tiada kuasa minta, imbas kad pengenalan – JPN
Next: Sarawak meterai perjanjian dengan syarikat terkemuka tenaga China bagi projek solar terapung Bakun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.