Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Brazil buru slot 32 terbaik, Neymar kembali perkukuh cabaran
  • SUKAN

Brazil buru slot 32 terbaik, Neymar kembali perkukuh cabaran

Utusan Sarawak 3 hours ago
NEYMAR dijangka diturunkan ketika Brazil buru tiket 32 terbaik Piala Dunia. Foto AFP

LOS ANGELES: Brazil berpeluang mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia apabila turun menentang Scotland, 6.00 pagi esok (waktu Malaysia), ketika kejohanan memasuki fasa lebih sibuk dengan enam perlawanan berlangsung setiap hari.

Juara dunia lima kali itu dijangka tidak berdepan masalah besar, namun Scotland yang masih memburu kemaraan pertama ke pusingan kalah mati dalam sejarah mereka pasti berusaha mencipta kejutan di Miami.

Maghribi, yang sebelum ini mengikat Brazil 1-1 dalam antara keputusan mengejut kejohanan, turut berpeluang muncul juara Kumpulan C jika menewaskan Haiti yang sudah tersingkir dan Brazil gagal mengatasi Scotland.

Situasi itu boleh merumitkan laluan skuad kendalian Carlo Ancelotti pada pusingan seterusnya.

Ancelotti mengesahkan Neymar sudah pulih daripada kecederaan dan penyerang berusia 34 tahun itu berkemungkinan membuat penampilan pertamanya pada kejohanan kali ini.

“Dia boleh bermain, keadaannya baik dan berlatih dengan sangat baik. Saya gembira dengannya,” kata pengendali dari Itali itu.

Menurut Ancelotti, kehadiran Neymar memberi pengalaman, pemahaman permainan dan mampu membantu pemain muda dalam pasukan.

Kembalinya Neymar juga penting selepas Brazil kehilangan khidmat pemain sayap, Raphinha, yang dijangka berehat kira-kira dua minggu akibat kecederaan.

Sementara itu, tuan rumah bersama Mexico sudah mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik selepas menjuarai Kumpulan A menerusi dua kemenangan.

Mexico akan bertemu Republik Czech yang perlu menang bagi mengekalkan peluang untuk mara.

Afrika Selatan pula mempamerkan peningkatan ketara apabila mengikat Republik Czech selepas tewas 0-2 kepada Mexico dalam aksi pembukaan yang menyaksikan mereka beraksi dengan sembilan pemain.

Mereka kini wajib menewaskan Korea Selatan yang diketuai Son Heung-min untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Dalam Kumpulan C, Kanada yang sudah layak akan bertemu Switzerland di Vancouver. Kemenangan akan menjamin Switzerland tempat ke pusingan 32 terbaik.

Jika gagal menang, Switzerland perlu bergantung kepada beberapa keputusan lain.

Bosnia-Herzegovina dan Qatar, yang dibelasah Kanada 6-0 sebelum ini, turut masih memiliki peluang tipis untuk mara.

Esok menjadi permulaan kepada empat hari berturut-turut yang menyaksikan enam perlawanan berlangsung setiap hari selepas kejohanan diperluaskan kepada 48 pasukan buat kali pertama.

Awal pagi tadi, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah apabila muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia berbeza.

Bintang Portugal berusia 41 tahun itu mengakui melalui “minggu yang gelap” selepas dikritik susulan aksi hambar ketika seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo.

Namun, Ronaldo bangkit dengan dua gol ketika Portugal membelasah Uzbekistan 5-0.

“Saya boleh katakan ia minggu yang sangat sukar. Pendapat umum sangat keras terhadap kami, terhadap pemain dan juga jurulatih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, England diikat Ghana tanpa jaringan dan kini perlu menewaskan Panama dalam aksi terakhir kumpulan untuk memastikan kemaraan.

Colombia pula mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik selepas menewaskan Republik Demokratik Congo 1-0. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia FIFA: Jepun waspada ancaman Sweden menjelang aksi penentu kumpulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.