Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Brad Pitt raih kemenangan mahkamah, Jolie diarah serah mesej peribadi
  • HIBURAN

Brad Pitt raih kemenangan mahkamah, Jolie diarah serah mesej peribadi

Utusan Sarawak 5 hours ago
BRAD Pitt menang sementara, mahkamah arah Jolie serah mesej peribadi. Foto AGENSI

LOS ANGELES: Pelakon Hollywood Brad Pitt memperoleh kemenangan sementara dalam pertikaian undang-undang berhubung ladang wain Château Miraval apabila Mahkamah Tinggi Los Angeles mengarahkan bekas isterinya, Angelina Jolie, menyerahkan mesej peribadi yang sebelum ini ditahan.

Menurut dokumen mahkamah, hakim mengarahkan Jolie mengemukakan versi tanpa suntingan bagi 22 komunikasi bukan peguam dalam tempoh 45 hari. Perintah itu dikeluarkan pada 17 Disember, selepas mahkamah meluluskan permohonan Pitt untuk memaksa penyerahan bukti.

Pasukan Pitt percaya komunikasi tersebut dapat membuktikan Jolie tidak telus sejak awal mengenai niatnya menjual pegangan perniagaan ladang wain itu kepada syarikat Tenute del Mondo, cabang wain Kumpulan Stoli.

Bagaimanapun, peguam Jolie, Paul Murphy, menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai melanggar undang-undang keistimewaan California serta menjejaskan hak Jolie untuk perbicaraan adil. Beliau mengesahkan pihaknya akan mengemukakan rayuan.

Pertikaian ini bermula pada 2022 apabila Pitt menyaman Jolie, mendakwa bekas isterinya melanggar perjanjian dengan menjual bahagiannya tanpa persetujuan bersama. Jolie menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman balas, menuduh Pitt bertindak secara berdendam.

Pitt turut menuntut ganti rugi sebanyak AS$35 juta (RM146 juta) susulan penjualan pegangan Jolie pada 2021. Kes ini merupakan sebahagian daripada pertikaian berpanjangan antara pasangan selebriti tersebut, yang memuktamadkan perceraian mereka pada Disember 2024 selepas berpisah sejak 2016. – Agensi

Continue Reading

Previous: Jaga kesihatan vokal, utamakan identiti suara – Syafinaz
Next: Kim Woo-bin dan Shin Min-ah rasmi bergelar suami isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.