Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BPHB terus komited bantu komuniti luar bandar menerusi inisiatif CSR
  • TEMPATAN

BPHB terus komited bantu komuniti luar bandar menerusi inisiatif CSR

Utusan Sarawak 1 day ago
PENERIMAAN sumbangan alat pemadam api, disampaikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani, disaksikan oleh YB Dato Sri Fatimah Abdullah.

DALAT: Program Komunitiku Sayang Siri Keenam anjuran Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) berjaya menghimpunkan penduduk dari 12 kampung sekitar Dalat dan Oya dalam program tiga hari di Kompleks Kebajikan Dalat, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program itu memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang aspek keselamatan kebombaan, kesihatan awam serta penjagaan alam sekitar.

“Ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program ini harus dipraktikkan dan dikongsi bersama keluarga serta komuniti agar manfaatnya dapat dirasai bersama,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan.

Selain pengisian berbentuk pendidikan, BPHB turut menyumbangkan 150 alat pemadam api kepada penduduk Dalat dan Oya sebagai usaha meningkatkan kesedaran pencegahan kebakaran serta kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Melalui Yayasan Bintulu Port, syarikat itu juga menyalurkan sumbangan wakalah kepada 23 institusi keagamaan iaitu 10 masjid dan 13 surau di kawasan berkenaan bagi membantu kos operasi dan penyelenggaraan rumah ibadah.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani berkata program tersebut melambangkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Komunitiku Sayang bukan sekadar program tanggungjawab sosial korporat, tetapi platform untuk menyemai nilai prihatin serta memperkukuh kerjasama antara syarikat dengan komuniti setempat,” ujarnya.

Program itu yang diperkenalkan sejak tahun lalu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) BPHB untuk mendekati komuniti di seluruh Sarawak.

Continue Reading

Previous: Hari Pembentangan Tegas 2025 pacu ekosistem ‘startup’ Sarawak
Next: POSKOM akan diperluas ke seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.