Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BPHB serah 130 jaket keselamatan kepada LSS dan pengusaha perahu tambang
  • TEMPATAN

BPHB serah 130 jaket keselamatan kepada LSS dan pengusaha perahu tambang

Utusan Sarawak 14 hours ago
Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga Pengerusi BPHB, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato’ Ruslan Abdul Ghani serta para tetamu hadir bergambar bersama wakil Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan pengusaha perahu tambang di English Tea House, Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyalurkan sebanyak 130 jaket keselamatan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan pengusaha perahu tambang di Sungai Sarawak.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan tersebut, bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan di sungai.

Majlis penyerahan telah disaksikan oleb Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga Pengerusi BPHB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang diadakan di English Tea House, di sini, hari ini.

Penyerahan simbolik disempurnakan oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato’ Ruslan Abdul Ghani, kepada Assistant Controller LSS, Julaihi Shahmad, serta wakil pengusaha perahu tambang Sungai Sarawak.

Dalam ucapannya, Dato’ Ruslan menegaskan bahawa keselamatan merupakan tanggungjawab bersama tanpa mengira lokasi operasi sama ada di laut mahupun di sungai.

“Kami di Bintulu biasa beroperasi di laut, tetapi apabila berada di sungai, prinsip keselamatan tetap sama. Ia tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua pengguna sungai, khususnya ketika musim perayaan, berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pemakaian jaket keselamatan setiap kali menaiki perahu tambang sebagai langkah pencegahan awal.

“Jaket keselamatan ini adalah alat penyelamat nyawa. Walaupun panas atau tidak selesa, pastikan setiap penumpang memakainya kerana kita tidak tahu bila kecemasan akan berlaku,” tambah beliau.

Dato’ Ruslan turut berkongsi inisiatif BPHB dalam memartabatkan warisan budaya pantun menerusi kerjasama dengan 16 pengusaha perahu tambang, di mana pantun-pantun tradisional dipaparkan pada badan perahu bagi memperkenalkan dan mengekalkan seni warisan Melayu kepada generasi muda.

Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, 50 jaket keselamatan diserahkan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, manakala 80 lagi diberikan kepada pengusaha perahu tambang di sepanjang Sungai Sarawak.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan BPHB dalam memperkukuh budaya keselamatan maritim serta membina hubungan strategik dengan komuniti tempatan yang menjadi sebahagian daripada ekosistem pengangkutan air di Sarawak.

Turut hadir isteri kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang, dan Residen Bahagian Kuching Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PPWS kekal relevan, bukti ketabahan, semangat juang wanita Sarawak
Next: Larry Sng gesa golongan wanita muda sertai PPWS hadapi cabaran era digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.