Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • BPHB lanjut tarikh tutup permohonan biasiswa hingga 31 Mac
  • PENDIDIKAN

BPHB lanjut tarikh tutup permohonan biasiswa hingga 31 Mac

Utusan Sarawak 5 hours ago
BINTULU Port Holdings Berhad melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Biasiswa Pelabuhan Bintulu hingga 31 Mac ini.

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) melanjutkan tarikh tutup permohonan bagi Program Biasiswa Pelabuhan Bintulu hingga 31 Mac ini bagi memberikan lebih masa kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan.

Syarikat itu mengumumkan lanjutan tarikh tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Program berkenaan menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, dengan keutamaan diberikan kepada anak muda Malaysia yang cemerlang, khususnya dari Sarawak.

Menerusi biasiswa itu, pemohon yang berjaya akan menerima bantuan penuh yuran pengajian berdasarkan kredit sebenar yang diambil, dengan pembayaran dibuat terus ke universiti masing-masing.

Selain itu, pelajar juga akan menerima elaun sara hidup bulanan RM1,000 dan layak mendapatkan bayaran balik tahunan bagi tambang penerbangan secara bayaran-dan-tuntutan.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, sebaiknya anak Sarawak, berumur 22 tahun atau ke bawah pada tahun permohonan, dan sedang berada di semester pertama pengajian. 

Mereka mestilah tidak menerima sebarang biasiswa lain dan tidak mempunyai rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah, dengan keutamaan akan diberikan kepada calon daripada golongan B40. 

Bagi pemohon dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya 6 A, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus mata pelajaran Sejarah.

Pemohon yang mempunyai kelayakan Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), A-Level, Asas atau Matrikulasi pula, mereka mesti mempunyai purata gred keseluruhan (CGPA) minimum 3.50.

– Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPT pertimbang luaskan inisiatif pendidikan percuma PTPTN kepada pelajar miskin di IPTS
Next: KPT perinci konsortium penyelidikan Malaysia-Indonesia, perkukuh kerjasama akademik serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.